Powered by Blogger.

Tombiruo : Penunggu Rimba - 'Box Office' kah ia?

by - December 10, 2017


Media melaporkan 'kejayaan' filem Tombiruo : Penunggu Rimba, mendapat kutipan box office sebanyak lebih kurang 8 juta. Adakah ia satu kejayaan? Kos filem lebih kurang 8 juta. Last maklumat yang saya tahu, kutipan tiket wayang biasanya 50/50 diberi kepada pengusaha pawagam. Maka, kutipan sebenar filem ini adalah 4 juta.
Adakah indikator 'kejayaan' sesebuah filem itu terletak kepada ke'box-office'an kutipan tiket atau kemampuan balik modal?
Entahlah...
Dan kenapa kutipan Tombiruo jadi begitu? Sedangkan sebelum ini, masyarakat selalu gebang :
"Buatlah filem macam Hollywood, ni asyik rempit, hantu, gengster, cinta...tak berkembang langsung"
atau;
"Buatlah filem adaptasi daripada novel-novel hebat. skrip akan jadi bagus sebab dah research"
atau;
"Poster langsung tak menarik, macam mana lah orang nak pergi tengok."
Filem Tombiruo cuba sedaya upaya nak cover isu-isu biasa ini yang sentiasa terpacul daripada 'pengkritik filem profesional' tempatan. Tapi kenapa masih belum untung atau balik modal?
Pendapat saya:
Sebab, mungkin ramai daripada masyarakat kita ni, jenis cakap tinggi tapi bikinnya tak juga.
(gambar : snapshot daripada laman web FINAS, maklumat kutipan sebenar filem)

You May Also Like

0 comments


Doflix adalah jenama perkhidmatan hak milik syarikat Heichef Creative Solutions Sdn Bhd (1211797-U)
N0. 85-1, Jalan BPS5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.