Powered by Blogger.

Editor Drama Tiada 'Life'?

by - January 09, 2018



oleh : Haikal Fadzil
Pernyataan ini sebenarnya adalah satu rungutan. Saya jenis orang yang tak suka merungut. Sebagai contoh, kalau harga barang naik, saya ada 2 pilihan. Tahan selera atau cari duit lebih. Merungut & menyalahkan orang bukan perangai saya kerana ia tak menyelesaikan masalah.
Saya terjun ke dalam industri drama tv dan filem sejak zaman latihan industri. Kenapa saya masuk? 3 sebab. Pertama, saya minat. Kedua, saya nak korek ilmu dan kongsi dengan masyarakat; yang mana saya tengah buat sekarang. Ketiga, untuk membezakan saya dengan para videografer yang ada.
Ketiga-tiga sebab ini memerlukan saya perlu faham, yang saya tidak akan berasa selesa apabila berada dalam industri. Saya perlu usaha, kerja keras, dimaki hamun dan macam-macam lagi untuk capai misi.
Pada saya agak susah, kalau anda bercita-cita nak jadi doktor pakar, tapi nak kerja macam doktor dalam drama. Sempat bercinta, fikir awek pakwe curang,sailang awek kawan dan macam-macam lagi. Suka memasak dan nak jadi chef tapi tak nak orang order macam-macam sebab nak kerja relax. Masuk kerja askar, tapi complain bila kena tembak.
Sama juga dengan bidang editor drama. Kalau ‘life’ itu definisinya nak banyak rehat, boleh keluar dating, tengok wayang, mengeteh sampai pagi dengan kawan-kawan…saya rasa semua bidang kerja memang takkan bagi kau ‘life’.
Masa saya nak start kerja dulu, abah saya bagi satu nasihat yang saya pegang sampai sekarang dan insyaAllah sampai bila-bila. “haikal pilihlah sendiri, puasa dulu kemudian raya, atau nak raya dulu muda-muda, tapi nanti jenuh nak puasa.”
Sewaktu saya kerja dengan majikan lama saya dulu, ramai kenalan kata saya seorang yang workaholic tahap cipan. Tak…saya bukan workaholic. Saya sedang ‘berpuasa’. Kalau anda nak bersuka-ria…maksud saya nak enjoy ‘life’…silakan. Hak anda untuk beraya sakan.
Editor drama sebenarnya banyak masa terluang terutama time tak ada projek. Tapi apa yang pernah saya nampak, apabila projek tengah berduyun-duyun masuk, ditambah pressure deadline, editor tu masih juga ingin mengekalkan keselesaan semacam ‘masa terluang’ itu wujud. Maka, bila dah tak dapat bawa keselesaan itu…biasanya rungutan lah yang kedengaran. Dan ayat tipikal yang selalu saya dengar bila keadaan ini berlaku ialah…
Editor drama ni tak ada life...


You May Also Like

0 comments


Doflix adalah jenama perkhidmatan hak milik syarikat Heichef Creative Solutions Sdn Bhd (1211797-U)
N0. 85-1, Jalan BPS5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.