Powered by Blogger.

Drama TV & Viral Media Sosial

by - January 06, 2018



oleh : Haikal Fadzil

Kenapa drama tv kita macam itu sahaja ceritanya?

Soalan yang memang selalu dituju kepada saya apabila berborak dengan kawan-kawan lama atau yang baru kenal. Kebanyakannya menyalahkan penulis skrip, pengarah, stesen tv dan para penggiat industri yang lain. Kritikan yang biasa daripada orang yang bukan bidang cuba bercakap pasal bidang yang dia pun tak arif.
Jawapan saya mudah.
Supply and demand.
Kita semua tahu mee maggi bukanlah makanan yang sihat tapi rasanya boleh dikatakan setiap rumah pasti ada mee maggi.
Hakikatnya...secara statistik yang menonton drama tv majoritinya orang yang suka cerita-cerita yang macam ditayangkan di tv sekarang. Manakala, hampir kesemua yang merungut pasal drama tv, apabila saya tanya "u tengok tv tak", jawapannya memang tak tengok.
Pernah sahaja saya edit drama yang berlatar belakangkan orang kampung, aksi, suspen, thriller untuk tv tapi, tak ada siapa yang nak tengok sebab para 'pengkritik' drama tv bukannya tengok drama. Gebang saja lebih. Malah saya yakin, drama bersiri 'Mandatori' adaptasi novel thriller Ramlee Awang Murshid yang ditayangkan di Astro baru-baru ni pun mungkin rating tak bagus.
Maka kaum yang kecewa dengan konsep drama tv yang ditayangkan mula beralih kepada sumber media sekunder yang nampaknya mungkin menjadi sumber primer tak lama lagi iaitu media sosial. Namun, dengan melihat corak 'content' yang viral dan 'trending' di media sosial, pun sampah juga.
Video parodi tergedik-gedik, lelaki jadi perempuan dan disukai ramai, iklan berunsur lucah, video menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan, lelaki bogel naik motor, video gaduh, tarik-tarik rambut, orang cakap 'slang speaking' yang entah apa-apa pun boleh viral, video fitnah dan propaganda dan macam-macam lagi 'ke-entah-apa-an' video di media sosial. Kita sanggup membuang masa dalam 3-4 minit menonton sesuatu yang hanya membuat kita ketawa, kecam dan kagum. Tak ada yang boleh menambah kualiti dan kemahiran diri untuk digunakan dalam hidup dan boleh mencari pendapatan tambahan. Lepas itu, apabila pendapatan asyik di takuk lama, mula menyalahkan pihak lain. 'I cannot brain this'.
Kini, apa beza kandungan di media sosial dan di tv? Pada pandangan peribadi saya, tak ada beza. Yang kecewa dengan tv dan pergi ke media sosial pun sama sahaja. 9 kali 7. 7 kali 9.
Bagaimana nak ubah budaya dan kebiasaan dalam media sosial dan tv ini?
Jangan tengok langsung drama tv.
Jangan peduli langsung kepada video-video yang  tak ada manfaat di media sosial.
Share, like, bincang, berdebat tentang video-video berilmu di media sosial.
Mampu dan sanggupkah anda?

You May Also Like

0 comments


Doflix adalah jenama perkhidmatan hak milik syarikat Heichef Creative Solutions Sdn Bhd (1211797-U)
N0. 85-1, Jalan BPS5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.