Pengalaman Menyunting Telemovie 'Mawar Putih Tanda Perpisahan'
Saya sepatutnya menyiapkan offline drama ini pada satu tarikh tertentu untuk ditonton oleh pengarah, abang Bade Hj Azmi. Tetapi disebabkan ada masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, offline drama ini hanya siap separuh. Saya sudah sedaya upaya mengejar masa.
Esoknya, abang Bade datang. Dia baru pulang daripada luar negara dan terus ke studio untuk review offline. Dia duduk dan minta saya mula play dari awal.
Sampai babak yang akhir yang dapat saya siapkan, saya pause. Saya mulakan dengan minta maaf dan maklumkan kepada beliau, yang offline baru takat situ. Abang Bade diam. Saya pun diam. Abang Bade sengih sikit. Dia angkat beg dan terus keluar daripada studio editing kemudian terus balik. Tanpa sebarang kata. Saya tahu dia marah.
Malamnya, saya SMS beliau meminta maaf sekali lagi. Tak berapa lama kemudian dia call saya. Saya dah sedia untuk dihamburkan dengan pelbagai kata-kata. Maka, antara isi percakapan beliau dengan saya adalah :
- tolong hormat masa orang lain
- dia tak ada masalah kalau offline belum siap. dia boleh tunggu siap dahulu baru datang tengok.
- komunikasi kena bagus. maklumkan apa-apa masalah suntingan kepada pengarah. Don't keep him in the dark.
Pengajaran.
Nak jadi editor, komunikasi dengan orang lain kena bagus. Jangan bercinta dengan komputer kau sahaja.
Nanti saya cerita lagi pengalaman lain sepanjang edit drama ini.


0 comments