Powered by Blogger.

Bersama Pengurusan IM Home Property Management

by - January 19, 2018

Pada hari Khamis, 18 Januari 2018 semalam, berlangsung pertemuan bersama ketua dan staf syarikat IMHome Property yang ingin mendapatkan khidmat program Doflix untuk melatih kakitangan syarikat daripada bahagian media dan pemasaran untuk mahir menerbitkan sendiri video untuk kegunaan syarikat.

Jurulatih Doflix, En Haikal Fadzil, bersama ketua syarikat IM Home, Tuan Haji Ahmad Tajuddin Idris, dan kakitangan yang
bakal mendapat tunjuk ajar dalam penerbitan video.


bersama kakitangan syarikat yang bakal mendapat ilmu penerbitan video bersama Doflix

Kelas secara in-house training akan mula disampaikan mulai bulan Februari dan kakitangan yang belajar ini akan mula menghasilkan video yang ringkas sehingga mampu menerbitkan video yang lebih kompleks.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan haji Ahmad Tajuddin Idris, yang memberi kepercayaan kepada program Doflix ini yang dapat memberi penjimatan kepada syarikat yang ingin meneroka bidang video marketing.

Sesi berkenalan dan perbincangan awal antara jurulatih Doflix dan kakitangan yang terlibat



Sedikit maklumat tentang syarikat IM Home.

Syarikat ini menawarkan perkhidmatan membina rumah di atas tanah milik pelanggan dengan harga yang murah. Diterajui oleh Tuan Haji Ahmad Tajuddin Idris, syarikat ini telah pun berjaya membina hampir 50 buah rumah buat para pelanggan.

You May Also Like

0 comments


Doflix adalah jenama perkhidmatan hak milik syarikat Heichef Creative Solutions Sdn Bhd (1211797-U)
N0. 85-1, Jalan BPS5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.