Powered by Blogger.

Kursus Suntingan Drama TV (Siri 1)

by - January 23, 2018


Kebiasaannya, ramai yang memohon kerja sebagai penyunting drama, program tv gagal menempatkan diri dalam industri disebabkan tiada pengalaman sebagai penyunting video profesional. Doflix dengan sukacitanya menganjurkan kursus 4 siri - Kursus Suntingan Drama TV (Siri 1) untuk memberi ilmu dan menambah kemahiran individu yang ingin menjadi seorang penyunting drama tv yang faham dan arif mengenai gaya dan gerak kerja industri. Disampaikan oleh Haikal Fadzil, seorang penyunting drama dan program tv yang berpengalaman luas dalam industri, dan juga pemenang Suntingan Program TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016 melalui drama bersiri 'Mail & Sudin Sambut Ramadan' di Astro Oasis.

Peserta akan didedahkan dengan material sebenar dan akan menyiapkan suntingan sebuah episod drama yang lengkap apabila tamat siri kursus ini. Pengisian program juga adalah mengikut apa yang dilalui oleh seorang penyunting drama bermula daripada mendapat projek sehingga tamat projek.

Berikut adalah maklumat mengenai program ini.

HARI : Ahad
TARIKH : 28 Januari 2018
MASA : 9 pagi - 5 petang
TEMPAT : Pusat Latihan Doflix, No 85-1, Jalan BPS5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.

PERALATAN : Komputer Suntingan Disediakan. Membawa desktop atau laptop sendiri juga dibenarkan.
SOFTWARE : Adobe Premier & Final Cut Pro 7 (disediakan)
JURULATIH : Haikal Fadzil (Nenek Kebaya, Trilogi Cinta, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Mail & Sudin Sambut Ramadan, Tersuka Tanpa Sengaja, Setia Hujung Nyawa)
YURAN : Klik di SINI

TENTATIF PROGRAM :

0730-0830 : Pendaftaran
0830-0930 : SLOT 1 : Gerak Kerja Suntingan Drama TV
0930-1000 : Rehat
1000-1100 : SLOT 2 : Persediaan Sebelum Menyunting
1100-1230 : SLOT 3 : Pemilihan & Pendigitalan Material Shooting
1230-1430 : Rehat & Solat Zohor
1430-1530 : SLOT 4 : Struktur Babak
1530-1700 : SLOT 5 : Jenis Shot dan Suntingan

Pengisian slot disampaikan secara gabungan teori dan praktis.

*Makan & minum tidak disediakan

You May Also Like

0 comments


Doflix adalah jenama perkhidmatan hak milik syarikat Heichef Creative Solutions Sdn Bhd (1211797-U)
N0. 85-1, Jalan BPS5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.