Powered by Blogger.

by - January 30, 2018



Penggunaan video naratif semakin meluas pada masa kini. Ianya kerap digunakan sebagai medium pemasaran sesebuah produk mahupun perkhidmatan. Pelbagai pertandingan video turut diadakan saban tahun yang berorientasikan penghasilan video naratif. Namun sejauh mana kualiti video yang dihasilkan supaya ia berupaya menarik perhatian penonton seterusnya memberi impak dalam tujuan penggunaannya, sebagai medium pemasaran atau apa-apa pertandingan? Bagaimana pula kepada yang teringin untuk meneroka bidang video naratif untuk tujuan perniagaan, tapi tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk mendapatkan perkhidmatan profesional?

Maka, Doflix kali ini membuka sebuah peluang untuk anda mempelajari ilmu-ilmu penerbitan video naratif (storytelling) berorientasikan amalan industri perfileman dan penerbitan program tv tempatan. Buat julung kalinya, Doflix bakal mengadakan bengkel ini di Kuala Lumpur. Berikut adalah maklumat mengenai bengkel ini :

TARIKH : 11 Mac 2018
MASA : 9 am - 5 pm
TEMPAT : Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F, off Jalan Genting Klang, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
(GPS : 3.208982, 101.728938)

TENTATIF PROGRAM :
0800 am - 0900 am : Ketibaan & Pendaftaran Peserta
0900 am - 1000 am : Prosedur Penerbitan Video
1000 am - 1100 am : Pra-Produksi - Memahami Struktur Skrip
1100 am - 1300 pm : Pra-Produksi - Menulis Skrip Video Naratif
1300 pm - 1430 pm : Rehat
1430 pm - 1600 pm : Produksi - Teori & Praktikal Rule Of 3rd
1600 pm - 1700 pm : Post-produksi - Suntingan Video I

OUTPUT SIRI 1 :
1. Peserta menyiapkan skrip video bernaratif
2. Peserta merakam gambar/video menggunakan konsep Rule of 3rd
3. Peserta menguruskan projek pra suntingan video

PERALATAN :
Kamera Video atau Telefon Pintar Berkamera Video
Tripod/monopod (optional)
Laptop

Perisian Suntingan Video disediakan

PESERTA :
1. pelajar sekolah, IPT
2. tenaga pendidik
3. kakitangan media & komunikasi
4. videografer

YURAN PENYERTAAN :

RM80 - bagi pelajar, atau daftar berkumpulan, atau daftar sebelum 18 Februari 2018.
RM120 - orang awam

BORANG PENYERTAAN : goo.gl/ynJi6p

*deposit pendaftaran RM40

Untuk sebarang pertanyaan hubungi Doflix di nombor 0196008510 atau emel ke alamat heichefcs@gmail.com


You May Also Like

0 comments


Doflix adalah jenama perkhidmatan hak milik syarikat Heichef Creative Solutions Sdn Bhd (1211797-U)
N0. 85-1, Jalan BPS5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.