Powered by Blogger.

by - October 25, 2018






Tengah tengok bola, tiba-tiba si Dinda datang kacau dengan teka-tekinya. Si Kanda pula melayan aje...

Saksikan siri video pendek Kanda Dinda terbitan Doflix khas buat anda. Dilakonkan oleh jurulatih video Doflix, Haikal Fadzil sebagai Kanda. Bersama pasangannya, Diyana Mokhtar sebagai Dinda.
Semoga terhibur!



Skrip Episod ini untuk rujukan dan pembelajaran anda!

KANDA DINDA
EPISOD 1
“RAMLAH RAM RAMBUT LURUS”


BABAK 1

INT. RUANG TAMU – SIANG

KANDA sedang menonton perlawanan bola sepak di televisyen. Di tangannya ada ‘remote control’.  Tak berapa lama kemudian, DINDA masuk ke rumah dan duduk di sebelah KANDA. DINDA lihat KANDA sedang fokus menonton televisyen. DINDA mula terfikir untuk mengenakan KANDA.

DINDA
Kanda!

KANDA
Ya?

DINDA
Nak dengar satu teka teki tak?

KANDA
Apa dia?

DINDA
Cuba sebut,
“Ramlah Ram Rambut Lurus”


KANDA hairan dengan permintaan DINDA. Tapi dilayankan juga.


KANDA
“Ramlah Ram Rambut Lurus”

DINDA
Cuba sebut cepat sikit.

KANDA
“Ramlah Ram Rambut Lurus”

DINDA
Cuba sebut cepat lagi!

KANDA
“Ramlah Ram Rambut Lurus!”

DINDA
Sekarang cuba eja ‘balik’ tanpa huruf R…


KANDA sekali lagi hairan dengan permintaan DINDA. Tapi sekali lagi dia melayan sahaja.


KANDA
“Amlah Am Ambut Lu-us”

DINDA
Salah!


KANDA cuba memikirkan kembali jawapannya. Mungkin dia tersalah jawab.

KANDA
Betul lah! “Amlah Am Ambut Lu-us”

DINDA
Salah!


KANDA mula tak puas hati.


KANDA
Ramlah…R…Amlah.
Ram…R…am.
Rambut…R…Ambut.
Lurus…R…Lu-us.

DINDA
Salah

KANDA
Habis tu?

DINDA
Jawapannya. B-A-L-I-K


DINDA terus beredar meninggalkan KANDA yang masih bingung kenapa jawapan DINDA begitu. Dia berfikir lagi tentang soalan teka teki DINDA itu. Akhirnya KANDA rasa terkena oleh DINDA apabila sedar yang soalan sebenar DINDA adalah untuk mengeja perkataan ‘balik’. Bukannya mengeja ayat ‘Ramlah Ram Rambut Lurus’. KANDA memandang ke arah lensa kamera. Tak puas hati dikenakan oleh DINDA.



TAMAT

You May Also Like

0 comments


Doflix adalah jenama perkhidmatan hak milik syarikat Heichef Creative Solutions Sdn Bhd (1211797-U)
N0. 85-1, Jalan BPS5, Bandar Prima Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.